' Kalau ikut pompuan memang la diaorang xnak ikut keatas, lembik', cakap Zul.
'Amboi- amboi Zul, yang lembik tu jugak yang kau dok menggila tu. Kalau dia x datang, kau pun xnak ikut kita hari ni', balas Sam.
'Hehehehe, jangan macam tu kawan, u 'drop my water face' la. Kau cakap macam ni dah xada peluang aku nak sauk budak tu', kata Zul kembali.
'U nak i 'drop u in water now' ke. Dah! jangan nak mengada, angkat barang2 ni naik ke atas. Shasha dengan Mila jangan harap la kalau dah stat pegang kamera', kata Sam.
Mereka meneruskan perjalanan ke puncak bukit Bekok itu. Memanjat bukit itu mengambil masa dalam setengah jam.
'Port ni best bro. Air dia memang cukup dalam la. Tapi tu minggu lepas la.' cakap Mie.
'Minggu lepas? kau datang dengan sapa?' tanye Sam.
'Errmmm mmmm , ada la hehhehehe', balas Mie.
' Ceh kau jalan-jalan xajak aku pun yer. Dengan makwe mane ni?, tanyer Sam lagi.
'Kawan la', balas Mie.
'Ok, yang pompuan hidupkan api yer, yang jantan2 semua jom kite mandi dulu', ajak Zul.
'Mana boleh macam tu. X adil la macam ni. Mie, u tolong i hidupkan api yer, pleazzzzz.... ', pinta Shasha dengan manja.
' Ermmmm ok', balas Mie.
'Mie, i nak tanyer u sesuatu boleh tak ?, tanyer Shasha.
' Nak tanye apa. Jangan soalan susah-susah tau. I tak pandai sangat', jelas Mie.
'Apa pandangan U tentang I ?, tanya Shasha.
'Mmmm ooook', balas Mie.
'Ok jer! Serius la I tanya ni', bentak Shahsa.
'Hehehehe. U cantik, peramah, understanding & happy go luck', balas Mie.
'Iye. Laaaagiiii......', pinta shasha malu.
'Seorang kawan yang baik', kata Mie.
'Kawan jer. Tak lebih? ' tanye Shasha lagi.
' Yup kawan', kata Mie.
'Skit pun U xad perasaan kat I', tanya Shasha untuk kepastian.
'A'a tak ada. Perasaan sebagai kawan jer', jelas Mie.
'Sampai hati U cakap macam tu. U kan tau I suka kat U', jelas Shasha lagi.
'I tahu Shasha, tapi hati I ni x boleh terima U lebih daripada kawan. Kerana U terlalu & sangat baik untuk I. Tidak sesuai dengan I yang serba kekurangan ni', kata Mie.
'Maksud U?, tanya Shasha.
'Kita kawan sekadar kawan sahaja', balas Mie lagi.
'I akan tunggu U, Mie sampai U terbuka hati untuk I', jelas Shasha lagi.
'Jangan macam tu Shasha. Ramai lagi lelaki yang baik menanti U. Jangan rosakkan hati U kerana I', balas Mie lagi.
'Hati I dah lama rosak Mie, rosak kerana cintakan U, rosak kerana sukakan U', balas Shasha lagi.....
'Tak kan sampai macam tu sekali. Cuba bagi ruang hati U tu kepada orang yang lebih layak lagi', kata Mie.
'Hanya U yang layak & sesuai dihati & mata I. I akan tunggu U, Mie, I akan tunggu', balas Shasha lagi.
Bersambung............. siri 5...
"Bukan untuk pecah rumah mahupun pinggan mangkuk orang, tetapi sekadar meredah & memecah minda sahaja"
Friday, September 16, 2011
Menu hari jumaat
Assalamualaikum dan salam jumaat....
Setiap hari jumaat , aku rasa mesti macam dok kat kampung, kerana sana jumaat cuti. Kalau hari jumaat ni mesti la makan jadi topik nya selepas solat jumaat. Hari aku nak kongsi resepi simple, selalu buat la sebab bujang.... hehhehehehe.
Masak ikan singgang kelantan.... kecur dah ayaq liur....
Bahan2 nya ialah :
3 ekor ikan kembung (paling sedap la, ikan tongkol pun boleh) pastikan segar
4 ulas bawang putih - hiris
1 ulas bawang merah - di hiris jgk
2 inci lengkuas - hiris / halia
2 keping asam keping (asam gelugor)
2 biji cili besar
3 biji kacang bendi
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa kalau nak la (aku x suka)
4 cawan air
Cara masak nya :
1. Masukkan semua bahan tu kecuali bendi, masak dengan api sederhana sampai mendidih
2. Masukkan kacang bendi dan bagi ia empuk
3. Rasa masin, masam ikut sedap selera anda...
Ni kalau makan dengan budu, sambal tempoyak dengan ulam.... memang syooookkkkkk...
Cuba jangan x cuba,.....
Setiap hari jumaat , aku rasa mesti macam dok kat kampung, kerana sana jumaat cuti. Kalau hari jumaat ni mesti la makan jadi topik nya selepas solat jumaat. Hari aku nak kongsi resepi simple, selalu buat la sebab bujang.... hehhehehehe.
Masak ikan singgang kelantan.... kecur dah ayaq liur....
Bahan2 nya ialah :
3 ekor ikan kembung (paling sedap la, ikan tongkol pun boleh) pastikan segar
4 ulas bawang putih - hiris
1 ulas bawang merah - di hiris jgk
2 inci lengkuas - hiris / halia
2 keping asam keping (asam gelugor)
2 biji cili besar
3 biji kacang bendi
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa kalau nak la (aku x suka)
4 cawan air
Cara masak nya :
1. Masukkan semua bahan tu kecuali bendi, masak dengan api sederhana sampai mendidih
2. Masukkan kacang bendi dan bagi ia empuk
3. Rasa masin, masam ikut sedap selera anda...
Ni kalau makan dengan budu, sambal tempoyak dengan ulam.... memang syooookkkkkk...
Cuba jangan x cuba,.....
Wednesday, September 14, 2011
Sepah..
Kumpulan raja lawak yang aku minat. Tapi sekarang dah pecah... Baru nak masyuukkk kepala. Punca dia, xleh bagi komitmen...Lawak diaorang kira lawak kampung, lawak melayu la bolh di terima di otak aku. Tapi ni dah pecah .... Ape ker heeee nyeeee.... Jom layan kata majalah artis....
“Manis tak kurma itu?”, antara punchline kumpulan lawak Sepah yang mencipta fenomena di kalangan peminat mereka. Masakan tidak, keberkesanan lawak mereka yang bersifat tempatan telah dibuktikan melalui undian peminat dalam sebuah pertandingan lawak apabila mereka dinobatkan sebagai juara & membawa pulang wang tunai berjumlah RM350000 beserta trofi.
Kemanisan kurma itu walau bagaimanapun tidak dirasai oleh kumpulan Sepah apabila mereka berhajat untuk berpecah setelah masing-masing tidak dapat memberikan komitmen kepada kumpulan. Sayang seribu kali sayang kerana Sepah yang terdiri daripada Jepp, Shuib & Mamat telah membubarkan kumpulan itu dikala mereka mengecap populariti. Menurut Shuib, niat untuk berpecah sudah lama dibincangkan dan secara rasminya mereka mengumumkan berita tersebut kepada pihak media, hari ini.
Jepp selaku ketua kumpulan walaupun berat untuk melepaskan kumpulan ini, namun diturutkan juga kerana telah lama memendam rasa. Menurut Jepp, nilai displin kumpulan Sepah semakin berkurangan selepas memenangi gelaran Raja Lawak 2009 & terus tenggelam apabila mereka berjaya mencipta nama, baru-baru ini.
Peminat Sepah sudah tentu kecewa dengan berita perpecahan ini. Bukan apa, sudah lama peminat tidak dihidangkan dengan lawak bersifat sinikal tempatan yang bijak. Lagi pun, andai kata Jepp, Shuib atau Mamat bergerak secara solo, sudah tentu chemistry‘nya lain sama sekali.
Peminat hari ini semakin bijak, mereka tidak suka diperbodohkan dengan lawak splastik. Atas alasan ini, sudah tentu ramai peminat berharap Sepah dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk berpecah ini.
Makan cara nabi..
KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.
Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.
Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.
Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.
Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.
Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.
Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.
Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”
Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.
Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”
sumber dari :
Tuesday, September 13, 2011
Menanam...
Raya dah masuk hari ke 15, kesan puasa macam dah nak hilang... Macam kena menanam la plk... Menanam sayur atau pun tanam buah... Tanam buah kot bagi buah tu masak ranum...Senang bagi orang, senang orang petik... Tetapi boleh ker bagi buah masak ranum kat orang.... Yang nak buah ni pun aku x kenal... Mungkin yang selalu curi sayur kebun pak mat... mungkin yang amik wet kat masjid freee.... mungkin yang makan daging mentah free... Hurmmm bagi jer la buah tu... Biar ia makin lebat selepas ini, makin subur pokoknya....... Mampu kah aku bagi buah masak ranum ni......
Subscribe to:
Posts (Atom)