Wednesday, September 14, 2011

Sepah..


Kumpulan raja lawak yang aku minat. Tapi sekarang dah pecah... Baru nak masyuukkk kepala. Punca dia, xleh bagi komitmen...Lawak diaorang kira lawak kampung, lawak melayu la bolh di terima di otak aku. Tapi ni dah pecah .... Ape ker heeee nyeeee....  Jom layan kata majalah artis....

“Manis tak kurma itu?”, antara punchline kumpulan lawak Sepah yang mencipta fenomena di kalangan peminat mereka. Masakan tidak, keberkesanan lawak mereka yang bersifat tempatan telah dibuktikan melalui undian peminat dalam sebuah pertandingan lawak apabila mereka dinobatkan sebagai juara & membawa pulang wang tunai berjumlah RM350000 beserta trofi.
Kemanisan kurma itu walau bagaimanapun tidak dirasai oleh kumpulan Sepah apabila mereka berhajat untuk berpecah setelah masing-masing tidak dapat memberikan komitmen kepada kumpulan. Sayang seribu kali sayang kerana Sepah yang terdiri daripada Jepp, Shuib & Mamat telah membubarkan kumpulan itu dikala mereka mengecap populariti. Menurut Shuib, niat untuk berpecah sudah lama dibincangkan dan secara rasminya mereka mengumumkan berita tersebut kepada pihak media, hari ini.
Jepp selaku ketua kumpulan walaupun berat untuk melepaskan kumpulan ini, namun diturutkan juga kerana telah lama memendam rasa. Menurut Jepp, nilai displin kumpulan Sepah semakin berkurangan selepas memenangi gelaran Raja Lawak 2009 & terus tenggelam apabila mereka berjaya mencipta nama, baru-baru ini.
Peminat Sepah sudah tentu kecewa dengan berita perpecahan ini. Bukan apa, sudah lama peminat tidak dihidangkan dengan lawak bersifat sinikal tempatan yang bijak. Lagi pun, andai kata Jepp, Shuib atau Mamat bergerak secara solo, sudah tentu chemistry‘nya lain sama sekali.
Peminat hari ini semakin bijak, mereka tidak suka diperbodohkan dengan lawak splastik. Atas alasan ini, sudah tentu ramai peminat berharap Sepah dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk berpecah ini.

No comments:

Post a Comment