Thursday, May 26, 2011

Melihat Bibir....

Hari ni aku nak ajak korang layan artis.... Apa macam boleh ker.... Bukan apa sekadar mengikuti perkembangan semasa bibir tebal orang cakap. Kenapa aku nak cite pasal diorang ni. Bukan dorang ada bagi royalti kat aku atau nak isteri aku pun.... tetapi saje aku nak kongsi persamaan mereka ini.

Apa persamaan mereka. Haaaa meh kite layan sama2... Tapi paling penting kite tengok dalam sudut kebaikan jangan tengok dari sudut keburukan. Meh kite tengok same2 apa persamaan mereka...




Liyana Jasmay



Kilafary........



Anjelina Juuuli.....


Wednesday, May 25, 2011

maafkan la....

Hari ni aku nak berkongsi satu cerita yang menarik tuk di buat pedoman dan panduan semua. Jom sama2 amik iktibar yea....

Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah2 perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan & kemuncaknyer kemarahan, seorang telah memukul sahabatnyer.

Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir :

    "Hari ini sahabat baikku telah memukulku."

Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama-sama. Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan tubudnya. Tiba2 dia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.

Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannanya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan:

     "Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawa ku."

Sahabatnya bertanya, "Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?"

Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang di tiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila2.."

Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yag ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarkan ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar kita segera boleh melupakannya. Namun sebaliknya, apabila kita mengecap nikmat daripada Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila.

Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki: Lupakan dan maafkan segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.

Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur menjadi seperti racun yang direngguk, bisanya menyelinap ke seluruh tubuh dan kemudian membunuh kebahagian dan kedamaian diri.

Jom kita "Tidur bersama kesyukuran , Jangan tidur bersama kesedihan".......



secret recipe...


Aduan tentang dna babi dalam bahan2 ramuan secret recipe...
Aduyaiiii ada lemak menatang ni lagi.. Apa da semua makanan kat negara kite ni dah berapa yakin nak makan la kalau macam ni. Cakap jer negara islam tapi soal halal haram buat pelekeh jer ni.

Bahaya wooo bab makanan ni. Kalau sebelum ni kecoh tentang kopi pra babi. Ni kek pra babi pulak..... Macam mana nak bagus kat dalam kalau dok makan benda x elok.

Kalau korang nak detail cuba la lawat laman web jakim.....

link: http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. 



Kalau macam ni baik makan nasi lemak daripada makan kek la der......



Masa Menangis..


Masa menangis - Bob Lokman

by hmetro.com.my

MEMETIK kata-kata Bob Loqman, 47, dalam bukunya yang bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali: “kita yang sentiasa dalam kesibukan dengan nikmat dan candu dunia kadangkala terlupa bahawa kita setiap hari diziarahi malaikat maut. Maut yang tidak mengenal usia, bukan syarat tua atau muda.’ Rintihnya lagi: ‘masa untuk menangis sudah tiba selepas panjang masanya aku ketawa.’

Bob atau nama penuhnya, Muhammad Hakim Loqman, yang kini berada dalam ‘alam baru’ kehidupannya, tidak pernah mengatakan menjadi anak seni itu salah, namun keadaan sekeliling boleh ‘melemas’ dan ‘menenggelamkan’ mereka menjadi alpa pada janji mereka kepada Yang Maha Esa.


Sejak kecil Bob diasuh dengan ilmu agama yang secukupnya. Meningkat usia remaja, dihantar ke sekolah Arab, Maahad Hamidiah di Kajang dan menghabiskan pengajian hingga ke peringkat Empat Senawi. Menyedari ada yang memandang sinis dengan perubahan hidupnya itu, Bob tidak berkecil hati sebaliknya terus memanjatkan doa agar Allah SWT menetapkan hatinya.

Rabu lalu, wartawan SELEBRITI, NOR AKMAR SAMUDIN, bertandang ke kediamannya di Saujana Akasia, Sungai Buloh. Bob dengan nada yang cukup tenang menceritakan lembaran baru hidupnya.

KESEDARAN paling besar untuk berubah datang ketika saya terlantar di hospital, menjalani pembedahan dalam perut akibat ulser. Bersebelahan katil saya ada seorang pesakit. Siangnya dia ceria, lalu saya berbual-bual dengannya. Pada sebelah malamnya dia sudah tiada, pergi buat selama-lamanya. Ya Allah! 'Aku pula macam mana? Entah bila pula aku akan menyusulnya'. Perasaan cuak dan takutkan kedatangan maut membuatkan hati tidak tenteram. Persediaan saya untuk menghadap Allah SWT, belum cukup, semuanya serba kekurangan. Tiba-tiba saya teringat, apa gunanya rumah dan kereta besar kerana bila mati kita akan tinggalkan segala di dunia ini melainkan kain kapan dan amalan yang baik. Kejadian itulah menjadi titik baru dalam hidup saya. Setiap orang mesti melakukan perubahan dalam hidup dan perubahan yang berlaku pada saya terjadi secara perlahan-lahan iaitu sejak tiga tahun lalu tetapi tiada yang tahu. Selain peristiwa yang saya ceritakan tadi, saya mula terasa hendak berubah selepas berkahwin kali kedua (Norelawati Daud, 33). Perkahwinan pertama saya hanya bertahan enam tahun. Kemudian saya hidup menduda selama enam tahun, barulah bertemu jodoh semula dengan isteri baru ini. Tetapi ketika itu saya masih berlakon dan rasa untuk berubah itu tidaklah begitu kronik. Kemudian saya diserang penyakit ulser sehingga saya terpaksa dibedah. Keadaan itu membuatkan hati saya semakin kuat mencari hala tuju yang betul dalam hidup ini.

Selepas menghadapi kematian pesakit sebelah katil dan penyakit saya pulih, saya mula mendaki tangga masjid dan mendengar kuliah agama. Daripada situ saya berjumpa ramai ustaz dan mendalami ilmu agama dengan mereka. Perlahan-lahan saya masuk tarikat dan menyertai pergerakan Islam. Sejak itu, orang mula panggil saya mengajar dan memberi ceramah agama walaupun ilmu di dada belum cukup. Namun ustaz-ustaz yang saya berguru dengan mereka menggalakkan saya menerima jemputan itu kerana kata mereka sambil belajar dan mengajar, Allah SWT akan menambahkan ilmu kepada kita. Untuk berubah ke arah kebaikan bukan senang, banyak rintangan. Apabila saya mengambil keputusan berhenti berlakon, bapa saya pun risau, bimbang anak isteri saya tak makan. Dugaan datang lagi, tiba-tiba tawaran berlakon datang mencurah dan kalau dicongak bayarannya dalam RM48,000. Alhamdulillah, saya mendapat isteri yang memahami perjuangan saya dan minta saya menolak tawaran itu. Kemudian masalah lain pula datang apabila rumah yang saya diami sekarang kena potong bekalan elektrik.

Tawaran berlakon datang lagi. Sekali lagi isteri mengingatkan niat saya untuk berubah dan hampir seminggu kami bergelap. Saya juga bercadang menjual banglo ini yang dibeli ketika saya masih berlakon kerana tidak mampu duduk di rumah besar ini. Saya merancang dengan wang hasil jualan banglo ini saya akan membeli sebidang tanah di pinggir kota, buat rumah dan tinggal di sana. Dapatlah saya belajar agama dan berzikir untuk menguatkan iman. Namun Allah SWT itu sudah menyediakan ‘perancangan’ lain untuk saya di mana selepas itu saya mendapat banyak jemputan mengadakan ceramah, menjual buku, kitab dan apa saya yang halal untuk menyara anak isteri. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan rezeki dari jalan yang diredai-Nya dan saya sekeluarga dapat terus menetap di banglo ini. Sekarang saya berceramah di seluruh negara mengajar ilmu Tauhid dengan mengambil contoh kehidupan saya sendiri. Apabila saya ingin mengubah cara hidup, saya tak kata bidang lakonan itu salah. Apa yang salah adalah rencah-rencah di dalamnya. Sebaik saja kita keluar rumah tengok perempuan tidak bertudung sudah berdosa tetapi masyarakat menganggap ia perkara biasa dan bukan kesalahan besar. Bertudung adalah wajib.

Saya tak salahkan pelakon tetapi keadaan sekeliling menjadikan bidang lakonan itu nampak tidak betul. Disebabkan itu, saya tidak boleh meneruskan kerjaya lakonan kerana timbul konflik dalam diri. Saya belajar agama tetapi masih hendak berlakon dan pada waktu sama, saya tak tahu sama ada rezeki yang saya dapat itu halal atau haram. Apabila kita tidak pasti kedudukan rezeki yang kita dapat itu, macam mana ia dikira syubhah iaitu perkara yang tidak diketahui hukumnya oleh orang ramai, yang masih samar-samar halal atau haramnya. Ada kala tiba waktu solat, produksi masih membuat penggambaran, jadi di manakah keberkatan rezeki yang kita cari? Pada bulan puasa pula, ramai yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Dalam usaha membentuk diri sendiri ke jalan kebaikan, kita kena mencorakkan masyarakat sekali. Misalnya, saya tak boleh melarang anak-anak saya daripada bercampur gaul dengan masyarakat. Jadi kita kena mengajak sama masyarakat untuk berubah, barulah kita akan mendapat persekitaran yang sihat kerana kita saling menyokong ke arah kebaikan. Apabila belajar, saya kena beramal dengannya. Sejak kecil saya memang sudah ada asas agama. Apabila kita belajar ilmu Allah SWT, kita akan tahu kenapa kita dilahirkan dan apa janji kita pada-Nya. Saya berdakwah di serata tempat termasuk ke sarang judi dan tempat orang main burung. Saya ke sana tidak lama, dapat bercakap sekejap dengan mereka pun jadilah. Saya akan bercakap mengenai hidup dan mati kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Barangkali ada yang mempersoalkan sejauh mana perubahan saya ini akan berkekalan. Pada saya itu semua kuasa Allah SWT, untuk berbuat kebaikan pasti datang godaan. Justeru kita kena berusaha menguatkan iman di dada. Seiring dengan perubahan, pasti ada ujian-Nya. Pun begitu Allah SWT akan memberi ujian kepada setiap hamba-Nya mengikut kemampuan mereka tetapi ramai yang tak tahan, tak sabar dan tidak reda. Artis misalnya, asyik menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Tak seronoklah kalau hanya memandu kereta kecil, hendak juga melaram dengan kereta mewah. Godaan yang macam itulah ada sesetengah artis yang sudah berubah gagal mempertahankan iman mereka. Iblis dan syaitan akan terus memainkan peranan mereka. Semuanya berlaku kerana terlalu mengikut kehendak duniawi dan terpaksa patuh kepada pandangan masyarakat.

Jangan jadikan rumah besar dengan pagar tinggi satu kemegahan kerana rumah yang berkat apabila tetamu boleh datang sampai ke muka pintu rumah kita. Untuk menambahkan lagi keberkatan itu, apabila ada kelapangan ajaklah rakan dan jiran tetangga bertandang ke rumah serta jamu mereka dengan rezeki yang kita ada. Sekiranya tidak sibuk, saya mengadakan tazkirah di rumah dengan mengajak jiran berdekatan mendengarnya sebagai saling ingat mengingati. Ada juga artis yang datang mendengar ceramah saya di masjid di mana saya pernah nampak Adam AF dan Wahid Senario. Apabila M Rajoli meninggal dunia, ramai pengarah drama mahu saya menggantikan tempat Allahyarham. Ilmu agama M Rajoli sangat hebat dan saya belum sampai ke tahap itu. M Rajoli terus berlakon kerana imannya sangat kuat dan mampu menepis segala godaan duniawi. Saya pula perlu belajar lagi untuk menguatkan keimanan saya terhadap Allah SWT. Saya tidak memandang rendah kepada sesiapa pun kerana urusan ibadah kita, hanya Allah SWT yang tahu. Rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya sangat luas dan kita tidak mampu membalasnya. Nikmat bernafas dan mata melihat pun sudah cukup besar. Kita mesti belajar mengenali Allah SWT dan barulah kita berasa takut dengan-Nya. Sebenarnya sejak dulu, saya tak minat berlakon tetapi saya terpaksa melakukannya demi mencari rezeki. Saya juga menulis lirik lagu dan pernah dapat royalti hampir RM100,000. Tetapi selepas kemunculan ramai penulis lirik, saya tinggalkan bidang itu. Kini, semua yang saya lakukan dulu tinggal sejarah. Mengenai Awie yang melahirkan rasa tidak puas hatinya pada saya baru-baru ini, saya tak marah. Kami kawan lama dan Awie seorang yang sangat baik hati. Emak bapa dia pun orang baik-baik. Apabila saya berubah, saya mahu mengajak Awie sekali kerana saya sayangkannya. Apabila kita menganjur atau mengadakan konsert, banyak dosanya.

Jadi saya mahu mengajak Awie belajar agama dengan guru agama bertauliah berpandukan al-Quran dan kitab lama di Shah Alam. Tetapi Awie tidak jawab panggilan saya sehinggalah ceritanya keluar dalam akhbar. Saya tak kisah dan saya pasti kalau berjumpa dengannya nanti, kami tetap boleh ketawa bersama. Bukan saja Awie malah ada juga ustaz yang memperlekehkan perubahan saya ini, jadi apalah sangat saya hendak ambil hati dengan komen Awie itu. Berjuang untuk agama tidak semestinya kita terpaksa mengangkat senjata tetapi ia adalah perjuangan hati. Saya dalam proses menulis buku Mendaki Nafsu yang sudah siap 30 peratus. Ia cerita mengenai perjuangan manusia menukar nafsu amarah ke nafsu kamil (kebaikan).

Kalau kita hendak tahu sama ada hidup kita di dunia ini berkat atau tidak, tengoklah siapa yang datang pada hari kematian kita dan siapa yang menghantar kita ke kubur.

Mungkin ramai yang ‘menghantar’ tetapi dalam ramai itu, ada juga yang tidak tahu membaca al-Fatihah. Jadi, macam mana mereka mahu sedekahkan al-Fatihah kepada si mati. Kita menziarahi orang mati untuk mengambil iktibar. Kita mahu ke ke syurga Allah SWT yang tiada ternilai itu dan bukan ke neraka-Nya yang menyediakan seksaan amat berat. Justeru, bersedialah secukupnya sebelum kembali ke sisi-Nya.”


_________________________________________________________________________________

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Masamenangis/Article/artikelMA

Tuesday, May 24, 2011

Mendongak Ke langit ..... Siri 3

Tin tin tin......
"shasa o shasa....", jerit Zul.
"Aku dengar la. Macam la aku pekak", balas Shasa.

"Mie aku ikut x?, tanya Shasa.
"Ada, jap lagi sampai la tu. Die beli ais jap", jawab Zul.
"Ini yang aku suka ni. Tak makan pun takpe la janji dia ikut", cakap Shasa.
"engkau ni aku tengoh macam dah kemaruk giler dah. Engkau yang dok tergila-gila kat dia. Aku rasa dia xad pun respon kat kau", jelas Zul.
"takpe janji aku dapat kuar dengan dia jadi la", balas Shasa.

Shasa si gadis genit yang menjadi kegilaan ramai pemuda, terutama lelaki di pejabatnyer di Syarikat Telekom Batu Pahat. Walaupun keayuan dan kecantikannyer seakan-akan artis Lisa Surihani, tetapi dia tidak dapat menambat hatisi jejaka yang bernama Mie. Sekadar bertepuk sebelah tangan dan mengharap bulan jatuh ke ribanya. Sudah ramai jejaka lain yang ingin mencuba menambat hati Shasa tetapi cintanyer pada Helmi tidak dapat dibuang dengan mudahnyer.


"Hai Shasa", sapa Mie.
"hai Mie", jawab Shasa dengan nada malu-malu. Tergambar mukanyer yang putih melepak itu kemerah-merahan akibat malu.
"semua barang-barang dah siap ker", tanya Mie.
"a'a dah. Sesudah subuh lagi I dah siapkan", jawab Shasa.
"Kalau macam tu jom la kite gerak sekarang. Kalau lambat nanti jem pulak kat dalam tu", pinta Mie.
"Ok. Mie I nak tumpang kereta U boleh. I malas nak bawa kereta. Boleh kan", pinta Shasa dengan nada manja.
" Boleh xad masalah. Lagipun I dengan Sam jer", jelas Mie.

Perjalan dari Parit Raja ke Air Terjun Bekok mengambil masa dalam 1 jam setengah. Itu pun kalau jalan  tak jem. Kalau tidak boleh sampai ke 2 jam lebih.
Disebabkan cuti Hari pekerja, suasana di kawasan air terjun itu sesak dengan orang ramai.

"huh ramai sungguh orang kat sini", cakap Pejo.
"kita nak port kat mana ni", tanya Sam.
" Port kat atas sekali la. Mungkin tak ramai orang kat sana. Diaorang malas nak naik ke atas". cakap Mie.
"ok jom", balas ikwan.


bersambung........................

Pesanan Orang Lama...

Seorang lelaki kaya menegur jirannyer seorang pakcik tua, "rajin pakcik tanam pokok".

"xada lah dari x buat apa2 baik tanam pokok ni, boleh kuar peluh", balas pakcik tua.

"Tetapi, kenapa pakcik tanam pokok durian ni. Kan pokok durian ni nak makan hasilnyer 3 4 tahun. Minta maaf  ckap la, mungkin pakcik pun x sempat nak merasa durian ni. Kalau saya la pakcik, saya tanam pokok yang hasilnyer saya boleh makan sekarang", kata lelaki kaya.

"Memang la kalau ikut usia pakcik, memang xleh merasa pun. Tapi pokok ni pakcik tanam untuk anak cucu pakcik. Kalau sebelum ni pakcik makan hasil daripada usaha bapak & atuk pakcik, biar la apa yang pakcik tanam ni orang lain yang oleh makan", jelas pakcik tua.

Pesanan Orang Muda..

Pada suatu petang, seorang pakcik tua sedang berehat di sebuah bangku kat taman bunga. Sedang pakcik tua itu berehat, datang seorang pemuda.
"Pakcik, boleh saya tumpang duduk".
"Silakan la nak", kata pakcik tua.

Sambil duduk, pemuda itu hisap rokok. Dari sebatang ke sebatang macam serombong kapal.
Melihat keadaan itu pakcik tua pun menegur pemuda itu, " anak, pakcik tengok anak ni kuat betul hisap rokok. Merokok  merbahaya kepada kesihatan".

"ala bukan banyak pun", jelas pemuda itu.

"Bapa pakcik dulu pun pesan kat pakcik supaya jangan merokok", jelas pakcik tua.

"Atuk saya pu pesan jugak kat saya", cakap pemuda itu.

"Mesti atuk anak cakap benda yang sama, merokok merbahayakan kesihatan kan",

"tak lah. Atuk saya pesan, Jangan jaga tepi kain orang", jelas pemuda itu dengan selamba....


Antara Lobak Merah, Telur & Kopi...

Lobak Merah , Telur & Kopi. Bukan aku nak citer pasal tajuk masak. Tapi satu cerita yang menarik minat aku tuk pagi ni.
Pagi ni aku tengok citer 'semanis kurma' kat tv9. Kira first time tengok citer ni. Tajuk dia 'kasihnya ibu'. Bila tengok kisah ni terharu jugak, macam mana gigihnyer ibu menjaga anak yang x sempurna, Rabiatul Adawiyah nama anaknyer.
Terharu aku tengok ibu macam ni. Sungguh tabah orang nyer. Kalau aku ditempat ibu tu, xtau la nak pikul tanggungjawab macamana.
Apa kaitan lobak merah, telur & kopi.....
3 barang ini kite masukkan dalam air panas dalam 3 bekas.
bekas 1 (lobak merah) - Lobak merah yang luarnyer keras, boleh wat pukul orang, tetapi bila masuk dalam air panas lobak jadi lembik.


Bekas 2 (telur) - Telur yang kat dalamnya lembik tetapi bila dimasukkan dalam air panas ia jadi keras.


Bekas 3(biji kopi) - Biji kopi bila di letak dalam air panas dia betukar kepada air kopi, tambah gula sket dah jadi minuman kegemaran ramai...



Apa yang kite boleh belajar dari 3 benda ni. Kita anggap air panas tu musibah.
Kalau kita macam lobak merah, sebelum musibah kita kuat, keras tetapi bila dapat musibah kite hancur, lembik.

Kalau kita macam telur, sebelum musibah kita lembik, tetapi bila dapat musibah kita jadi keras

Kalau kita macam biji kopi, sebelum musibah kita keras dan bila kena musibah kite tukar musibah kepada perkara baik.....

Jom kite jadi macam BIJI KOPI..............

Monday, May 23, 2011

Si Dia....

Bila bersama si Dia aku rasakan dunia ni aku yang punya. Tapi x mungkin sebab dunia ni Tuhan yang punyer. Aku hanyer kuli Dia jer.
Bila bersama dengan si dia aku terasa kegembiraan yang amat sangat. Tapi sesangat mane aku pun tidak tahu.
Bila bersama dengan si dia aku terasa terharu. Tapi mengapa aku harus rasa terharu kalau itu dinamakan nikmat.
Bila bersama dengan si dia aku terasa bangga. Tapi mengapa aku terasa bangga sedangkan aku pasti aku boleh bersama si dia. Tetapi betul ker?
Bila bersama dengan si dia terasa kekosongan dalam diri terisi. Tapi betul ker diri aku ini kosong?
Bila bersama dengan si dia yang lapar terasa kenyang. Tapi mengapa aku rasa kenyang sedangkan aku kuat jugak cari makan..
Bila bersama dengan si dia terasa yang berani menjadi gugup. Tapi mengapa aku terasa gugup sedangkan aku tahu aku seorang lelaki.
Bila bersama dengan si dia segala kerinduan diri terasa terubat. Tapi mengapa rasa terubat sedangkan si dia bukannyer tabib...

Hebat sungguh pengaruh si dia pada diri ku. Mungkin tanpa si dia semangat aku jatuh. Lapar ku menjadi kebulur, Sakit ku menjadi tenat, Rindu ku menjadi angau, berani ku menjadi menikus........

Hebat sungguh pengaruh si dia......

 Kasih ku buat si dia....... Terima kasih buat ibu bapa & guru........

Menjadi Satu...

AlhamduLILLAH dengan rahmat Allah dan syafaat Nabi kite, aku dapat menulis dan menconteng lagi. 3hari lepas aku menghilangkan diri sekejap di bumi parit raja tuk merantau sejenak. Bukan kecil hati atau merajuk (bukan kes lari dari rumah yea). Aku gi mane? Aku gi UPSI, ada kursus daaa.. Bagi aku tu la first time aku jejak kaki kat sana..... Kire leh wat sejarah la pada diri aku.... Tapi aku xnak citer pasal kursus aku sebab nanti x best bagi korang tapi best bagi aku.

Menjadi satu bukan menjadi No 1... Bagi aku mudah perbezaan die. Satu pilihan, samada "menjadi Satu atau Menjadi No 1"... Apacam korang dah paham ker belum... Kalau paham turun u punya kepala..... Kalau belum meh aku citer.... Kelentong korang kot...

Menjadi satu adalah kite bersatu, duduk bawah satu pentadbiran, satu payung, satu kata, satu sepakat... Sedangkan menjadi no 1 ni pulak lebih kepada menjadi ketua. MENJADI SATU lebih kepada kebersamaan, kesepakatan dalam masyarakat dan MEJADI NO 1 adalah lebih kepada individu.

Hari ni aku nak cakap tentang MENJADI SATU. Kalau kite sekarang, ramai yang lebih pentingkan diri sendiri. Jaga diri sendiri, hal sendiri. Hal orang sekeliling apa ke hal nyer. Alasan yang biase kite dengar kubur masing2. Bagi aku la, bila kite dok dalam masyarakat, kite hidup la dengan masyarakat. Bercampur la dengan  masyarakat, jangan dok wat sendiri. Ini tidak jiran sebelah pun x kenal. Apatah lagi nak tegur.

Bila kite terlibat dengan masyarakat pulak, jangan la pulak ikut kepala kite jer. Bukan semua perkara kite tahu & kite pakar. Mungkin ada kelebihan kat orang len. Kebnyakan aku tengok bila kite terlibat dalam masyarakat, kite bawa kepala masing2. Xleh terima pandangan orang len, pendapat orang len.Bila xleh terima mula la kite nak pecah. Jadi kat sini kite x sepakat. X sepakat tuk menjad satu. Banyak peribahasa yang sesuai yang kite boleh kongsi kan seperti "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat". Atau
"Lidi susah nak dipatahkan kalau dalam seikat, tetapi kalau sebatang senang jer nak patahkan"

Jadi moh la kite MENJADI SATU bersama-sama masyarakat.....  

Thursday, May 19, 2011

Berkampung Kat Panggung

Kalau baca tajuk memang nampak gempak & pelik. Orang akan cakap giler ape tidor kat panggung, xada umah ker. Hehehe aku ada umah. Korang ada umah. Kalau xad cari la umah. Guru aku pesan kat aku, "burung merpati pun ada umah". So fikir-fikirkan lah yea...

Bulan mei ni banyak betul citer kuar kat panggung. Mau nipis poket aku bulan ni. Kebanyakan citer yang keluar ni banyak yang best tengok kat wayang. Tengok DVD kat umh bukan x best tetapi x puas sebab action x berapa nak rasa. Skrin tv kecik jer. Xleh tengok bulu hidung hero dengan detail lagi.

Jom kiter layan citer kat panggung tuk bulan ni..... Kalau mampu tengok. X mampu xyah la tengok hihihi...


Citer best tuk bulan ni aku rasa Fast & Furios 5..



Kongsi.... Lu langsi lu mati...


Antara cerita yang aku dok tunggu-tunggu....


Cerita air mata ni.... Yang ni aku x minat la. Member2 aku smua dah x sabar nak tengok citer ni. Tapi aku x minat la. Air mata sket...


Ni jugak citer aku tunggu2..Kungfu Panda 2,  26hb ni kuar... Jom layan...


Ni pun dah kuar jugak tapi aku x layan lagi. Tajuk die Priest... Kawan2 kata x berapa best. Mengarut lebih....

Wednesday, May 18, 2011

Hubungan..... Masih Ada yg Sayang....

Pagi ni bila bangun, aku teringatkan seseorang. Bukan awek, bukan awek kat sebelah kiri atau kanan rumah aku. Mahupun awek2 yang berada di depan @ di belakang umah aku........
Semalam lagi wajah die terbayang2 bermain2 di fikiran aku ni.... Hurmmmm mengapa yaaaaa...
Orang kata kalau kita rasa macam tu mungkin orang yg kita ingat tu ada masalah. Harapnyer die ok.

Sapa yang aku ingat ni? Kawan aku daaa.... Masa sama2 sekepala sekaki semotor dan sejalan. Dah lama aku x jumper kawan aku ni. Kalau dulu boleh katakan suke wat kerja giler. Kerja gile macam mana tu?
Bukan minum2 yamseng, tapi makan bro.....  Kami boleh katakan pencari makanan yang jitu.... Sanggup la mlm2 dari parit raja ke Parit Jawa Muar semata-mata nak makan asam pedas, pastu balik. Ke Umbai tempat ikan bakar. dah habis makan kami balik.....Orang kata x berbaloi pun tapi bagi kami, kami perlu cari kepuasan..

Sekarang ni aku dengan dia macam dah terjauh sket tapi masih ada hubungan. Mungkin sebab die dah pindah menyebabkan hubungan kami renggang. Jarak yg memisahkan kami. Jauh di mata tapi di hati tidak lupe.

Harapan aku, moga2 die sihat wal afiat hendaknyer.... Bro kalau lu baca blog gua ni, gua tujukan khas buat lu hahhahahhahaha....... Jom ngeteh kat Parit Jawa jom.....

Monday, May 16, 2011

Mendongak Ke langit ..... Siri 2

'Sam, kunci ko bawa x?, soal aku.
'Bawak la, macam x biase pulak ko ni'
'Aku kalau baru bangun tido macam ni x biase bawa kereta. Silau sket la',
'Banyak la kau punya silau. Malas cakap jer malas. Bagi alasan la pulak'
"Hehehe.... kau ni memang memahami la. Tu sebab aku suke kawan dengan kau. Kalau kau takde susah jugak aku ni. Kau la sahabat aku dunia akhirat", balas Aku.

"Yea la yea la masa susah ni la kau cari aku perlukan aku. Masa len xad lak ingatkan aku. Makan ke sakit ke aku ni",

"Aikk aku rasa sebesar-besar peti ais kat rumah kite tu dengan makanannya penuh ko kata xada makanan. Biar betik ko kata", balas aku.

"Makanan memang la cukup tapi aku perlukan kasih sayang kau jugak macam awek2 kau jugak la", cakap sam.
"ko jangan wat kerja gile, kan aku terajang kan baru tau. Ni diaorang tunggu kat mana?, tanya aku.

"Aku gurau jer la. Aku pun x hingin kau. Port biase la Mcd Taman U la", ujar sam.

"Tak boring ker kat situ selalu. Cuba la tukar port baru sket".

"Engkau memang la boring sebab selalu. Tapi kami jarang. Tengok pada budget la. Kadang2 miss jer. Ko len la makan tiap2 hari pun boleh. Loaded katakan." Ujar sam.

"Yooo Wazzup bro..." sapa aku.

"Taiko dah sampai dah. Apa lagi pulun la." cakap Zul.

"Pulun apa ni. Korang nak belasah aku ker. Aku bawak bodyguard ni. Tali pinggang hitam kulit. hahahhaha.." ujar aku.

"Tak kan la kitaorang nak belasah sponsor kita. Rugi beb. Mie, lama kitaorag tunggu kau. Dah naik ke kepala dah bunyi perut ni". Cakap Jamil.

"Yea la yea la aku ngaku aku salah, aku belanje korang kali ni tanda aku minta maaf aku kat korang". cakap aku

"Macam tu la kawan baru kitaorang xada heart feeling, hehehhhe". Ujar Zul

"Sam, kau tolong beli makanan sat kat diorang ( sambil menghulur not RM100). Haaa gi ikut Sam, pilih korang nak makan apa. Jangan lebih sudah." cakap aku.

Selain Sam sahabat karib aku, Zul, Jamil, Ikwan, Pejo dan Rizal merupakan rakan2 yang sekepala dengan aku. Tapi xad la serapat dengan Sam. Rakan2 berhibur. Mereka ni aku kenal tahun ke 3 aku di UTHM. Bagi aku berkawan ramai x salah agar ramai kawan dan mereka ni dari negeri yang berlainan. Aku ikut saranan PM kite. 1 Malaysia.

Boleh katakan kami ni banyak menghabiskan masa bersama-sama. Kalau hari minggu macam ni, begini la aktiviti kitaorang. Itu pun kalau aku tidak ada aktiviti lain aku. Sam, kalau x sibuk dengan tugasan master dia, dia ikut la sbb antara kami, Sam sahaja yang masih belajar di UTHM. Yang lain semuanya telah bekerja di Batu Pahat.

"Woiii makan la. Mengelamun apa ni. Dah lambat dah ni." sapa Sam.

"Mana ada. Aku dok pikir jalan mana kite nak lalu ni." cakap aku

"Banyak la kau punya jalan. Nak gi Bekok jalan Yong Peng - Segamat jer jalan die. Nak tipu pun agak2 la." Marah Sam....

"Heheheh." Gelak aku.... " Dah makan cepat"....

Air Terjun Bekok, salah satu tempat untuk kita orang melepaskan tension.Selain air terjun dia yang bersih tapi yang penting dekat la. Boleh dikatakan kerap juga kami ke sini. Tambah2 kalau cuaca panas. Seronok kalau dapat berendam lama-lama.

"Nanti jangan lupa singgah rumah Sasha jap, amik barang2 nak wat BBQ. Kereta diaorang dah x muat dah." cakap Zul.

"Macam ni la baru best ada bunga yang ikut. Ni kumbang jer ada. Masam la weei ayaq terjun tu." ujar Pejo.

"Ko memang pelahap x habis. Tapi time ni jer dok hinggaq. Jap lagi bila jumper  dah jadi bisu. Aku dah atau dah perangai hang." ujar Sam.

"ala kau ni jangan bising2 malu aku" cakap Pejo malu.


Bersambung.......................................

Hari Guru...

16 Mei...... Tiap-tiap tahun adalah Hari Guru. Bagi sesiapa yang x tau meh aku gitau korang....Kadang2 tu bukan mereka xtau tapi mereka lupa. Sebab apa lupa sebab dah x sekolah dah xbelajar.

SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik di Malaysia khususnyer samada mendidik aku, keluarga aku, sedare2 aku atau kawan2 aku..... Tema tahun ni Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara...

Bagi aku ucapan Hari Guru ni bukan di khaskan untuk cikgu2 sekolah jer, tetapi kepada sape2 yg ajar kite waaima yang mengajar melastik, memancing pun. Sebab apa? Dah mereka mengajar kite. Kalau x kite xtau. Tapi tu la masalah kite, kite hanya skop kepada cikgu2 sekolah jer. Yang len x. So meh kite same2 ubah la. Biar  bagi bagus sket dari dulu. Kite sebenarnyer susah & payah nak ucapkan terima kasih  @ penghargaan kepada seseorang. Sebab apa? Sebab kite ni 'ketegaq' sket. Hanya yang khusus jer kite boleh ucap. Yang len, lantak ko lah. Ada aku kisah........ JANGAN MACAM TU DER....

Jom kite flash back jap masa sekolah2 dulu. Bagi aku masa sekolah dulu, antara event best yang kat sekolah adalah Hari Guru. Sebab apa?
          1. Mestilah x payah belajar hari tu
          2. Tak perlu bawa buku gi sekolah
          3. Ada makan2 (ni paling best)
          4. Boleh main bola dengan cikgu ( sape dendam dengan cikgu masa ni la masa hehehe)
          5. Boleh balik awal
          6. Boleh bagi hadiah kat cikgu yg kiter suke hehhehhehe...
          7. Cikgu2 wat persembahan.....
Tu yang aku suke la. Memang x sabar kalau nak sampai Hari Guru.... Dan bagi aku tugas guru ni satu tugas yang mulia. Tapi aku xleh jadi cikgu sebab aku garang kot. Yeke... hahhahahha


Guru ibarat lilin.. Membakar diri untuk orang lain.... huhuhuuhu...
Tapi sekarang sukar sket nak jumper guru macam dulu. Kalau ada pun jarang2 jer dapat jumper guru2 yang sanggup membakar diri untuk anak murid. Sebab apa aku cakap macam ni. Bukan aku nak wat fitnah. Ni betul punyer bro. Member aku ramai jadi cikgu so aku tau la apa citer die. Kebanyakan guru2 sekolah sekarang mendidik murid2 macam kena paksa dah x ikhlas dah. Kalau ada pun dalam jumlah yang sikit. Kerjaya guru masa ini satu kerjaya yang terakhir apabila dah xad kerjaya len kalau nak masuk dalam sektor kerjaan. Bila dah terpaksa maka terjadi lah pengajaran & pembelajaran yang terpaksa juga. Jadi macam mana anak murid nak terdidik. Tambah2 pulak sekarang ni pulak dah xleh claim kalau nak antar murid2 ke program ape2. Guna wet sendiri.... Rugi beb.....

Teringat cikgu aku dulu... Cikgu Izuddin nama die. Orang nyer tinggi dah besar. Tapi sopan santun. Cakap pun lemah lembut. Aku dulu banyak bersama dengan die dalam program2 sekolah. Boleh katakan banyak die gunakan duit die sendiri untuk kami dalam mendidik. Dari segi masa jangan citer la beb. Dan paling kami ingat masa dia nak kahwin, sanggup die pospone kan majlis die ke tahun depan sebab kami nak UPSR tahun tu. Sebab kami ni bengap2 jadi kena banyak wat kelas tambahan......Kami tabikkk la cikgu Izuddin....

Bila setiap kali Hari Guru, cikgu akan menyanyikan lagu hari guru. Nyanyi penuh semangat dan penuh keinsafan la kununnyer... Tapi dari segi tindakan selepas majlis, balik macam asal.
Aku bukan dengki pada cikgu cikgi, tapi aku rasa mereka ini lah yang melacurkan dan mengsundalkan kerjaya cikgu yang mulia. Mereka yang mendidik bakal pemimpin anak bangsa. Kalau yang mendidik x ok macam mana nak suruh anak murid ok......

Bagi aku cikgu dulu dengan cikgu sekarang sangat2 berbeza..
Guru Pemangkin Tranformasi Pendidikan Negara..... Tengok pada apa yang diaorang tukarkan... Kalau jadi baik it is ok la.... Kalau sebaliknyer... ish3 sedih la...

Kepada cikgu-cikgi yang ikhlas mendidik anak bangsa aku ucapkan jutaan terima kasih yang terhingga dari hujung rambut sampai hujung kaki walaupun korang x ajar aku tapi korang ajar anak bangsa aku... Tahniah aku ucapkan. Korang memang terbaekkkk la....

Kepada cikgu-cikgi yang x berapa nak ikhlas & sekadar mengharapkan gaji jer, baik korang berhenti jer. Bagi kat orang yang betul nak mengajar anak bangsa.......

Apapun Kepada semua cikgu-cikgi dan semua guru-guru, SELAMAT HARI GURU.....

Saturday, May 14, 2011

Lu Langsi .... Lu Mati

Semalam xada mende nak buat, so aku ajak la member2 sekepala aku layan citer Kongsi...... Ramai la jugak yang nak layan dalam 11 orang......
Sebelum aku tengok citer tu aku mengharapkan lawak & jalan citer yang menarik... Dan mestila lawak giler dari Sam....
Selepas tengok citer tu, pandangan aku la tentang citer Kongsi ni...... Jalan criter die macam tergantung sket la... X berapa nak jelas sangat. Mungkin pengarah nak kuarkan Kongsi 2 kot... Memang tergantung la, banyak persoalan. Tapi dari segi gaduh dan action memang x menghampakan la. Memang menarik aku suke. Lawak spontan Sam pun menjadi la tambah2 dengan Mikail anak gangster abg Maliki. Bagi aku gabungan lawak yang jadi la sejak mereka bergabung dalam Ngangkung.....





Kalau nak banding citer melayu dengan citer omputih  memang jauh sangat la... So jangan hangpa banding  la naaa... Nanti nampak sangat citer melayu x best....

Bagi aku ok citer ni... hehhehe filem kiter wajah kiter.... Kalau dari 5 bintang aku bagi 4 bintang.....
Kepada hangpa yang belum layan lagi citer ni jom layan ramai2. Tapi kalau yang jenis x tahan bising baik xyah  tengok naaa....

Mak hang lahirkan hang kat manaaa.......  Nibong Tebal....... sempoi.....

identiti 2..

Ku mencari-cari sinar yang x pasti,
Mencari-cari haluan yang belum dijumpai,
Tapi aku yakin dan pasti,
Itu akan berlaku suatu hari nanti.....

Apa kaitan madah kat atas dengan tajuk post aku kali ni?
Memang xad kaitan apa-apa pun..... saje aku nak tulis.. Terlintas kat kepala aku tulis la.. Hahhahahha

Identiti 2..... Pekebenda tu.. cer citer cer citer.... heeeee....

Masa aku lepak dengan member2 aku, mcm biase la mcm2 citer kuar masa tu. Baik yang ok dan yang x ok.... Baik yang kena kutuk dan dikutuk.... tapi ape aku kisah beb, gurau dengan member. Diorang pun semua ok. Kalau jenis kecik hati tu, memang kali tu jer kot lepak dengan kita orang.
Dalam dok sembang tu ada la kuar satu bab.... IDENTITI.... Macam2 digambarkan identiti masing2. Kalau sebelum ni post aku tentang identiti botak aku, ni identiti pasal nama.

NAMA..... Saya joe.... panggil saya fatty.... awak panggil kiban...... saya temulak.... saya salju hijau...

Sejak Fb digunakan ramai pulak orang dah tukar nama... Nama bagi havoc sket kununnyer..... baru ada stail la.... bagi aku nonsen la. Bagi aku la, sapa yang add aku kat fb pakai nama len atau letak gambar yg aku x kenal, memang org tu aku x add... Bukan aku sombong ape... Tapi sebab aku x kenal.... Dan paling aku sedih la, sian mak ayah kite dok pikir nama nak bagi nama kat kiter. Tapi kiter rasa x ok kiter ubah nama len... Apa kejadah semua itu... Bukan marah der.....

Bagi aku x salah pun guna nama sendiri.... kekalkan identiti kite nama kite...... Sekarang aku tengok macam2 nama ada yg orang pakai kat Fb paling banyal la..... So mintak la pakai nama sendiri..... Nama menggambarkan diri kite, keluarga kite.....

So sape yg terasa jangan marah naaaaa....... sekadar pandangan aku jer.... Kalau korang rasa ok jer aku lagi ok.......  callo betey....

Wednesday, May 4, 2011

identiti.....

Orang pertama: Weiii ko dah giler per?
Orang kedua: Ko sihat ke x chat ni?
Orang ketiga: Ko biar betul weh
Orang keempat: Ko dah buang tebiat ker?
Orang kelima: Lu apa hal berada?
Orang keenam: Ko dah insaf heh?
Orang ketujuh: Segan la nak kawan dengan ko
Orang kelapan: Aku x kisah pun janji ko ok....

Hehhehehe.... apa kes?
Mencari identiti tuk diri... Hurmmmm bagus sekurang-kurangnyer ada trademark @ tanda orang kate.... Tapi orang jugak yang cakap, jangan la trademark yang pelik2.... Bahaya woooo..
Aku mencari trademark? "nop' la....... Apa aku dah buat?.... Hahahhahhahaa... Jeng jeng jeng.....

Xada apa la bro sis...... semalam aku potong rambut..... saje nak potong sebab terasa dah panjang & terasa nak potong... boleh ker ayat macam tu......layan jer...
Masa kat umah aku ingat nak potong biase2 jer nak bagi nampak kemas....Xnak bertukar dengan mat pit...... So bila sampai kedai, aku pun cakap la, 'Ane, potong bagi kemas jer'.....
Masa die potong tu, otak aku terlintas...... potong botak jer lah..... Apalagi... Ane, Kasi no 1..... Die pun apa lagi.... Wooooraaiiitttt bos.....

Pas potong aku rasa ringan jer kepala..... balik jer umah member umah cakap, AlhamduLILLAH..... bagus2...
Aku cakap, Salah potong daaaaa...
Bila jumpe member, 'balik umrah ker bro'...... ' xlah'.... Dalam hati, 'insyaallah akan datang aku nak jejak kaki kat sana. Moga masin mulut korang'......
"Bro, trademark baru ker sekarang".... Aku cakap,'xlah'...

Kepala botak identiti baru aku? mungkin belum lagi kot.... Tapi akan datang insyaallah.....
Identiti baru...........