Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah2 perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan & kemuncaknyer kemarahan, seorang telah memukul sahabatnyer.
Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir :
"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama-sama. Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan tubudnya. Tiba2 dia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.
Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannanya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan:
"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawa ku."
Sahabatnya bertanya, "Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?"
Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang di tiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila2.."
Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yag ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarkan ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar kita segera boleh melupakannya. Namun sebaliknya, apabila kita mengecap nikmat daripada Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila.
Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki: Lupakan dan maafkan segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.
Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur menjadi seperti racun yang direngguk, bisanya menyelinap ke seluruh tubuh dan kemudian membunuh kebahagian dan kedamaian diri.
Jom kita "Tidur bersama kesyukuran , Jangan tidur bersama kesedihan".......
No comments:
Post a Comment