'Sam, kunci ko bawa x?, soal aku.
'Bawak la, macam x biase pulak ko ni'
'Aku kalau baru bangun tido macam ni x biase bawa kereta. Silau sket la',
'Banyak la kau punya silau. Malas cakap jer malas. Bagi alasan la pulak'
"Hehehe.... kau ni memang memahami la. Tu sebab aku suke kawan dengan kau. Kalau kau takde susah jugak aku ni. Kau la sahabat aku dunia akhirat", balas Aku.
"Yea la yea la masa susah ni la kau cari aku perlukan aku. Masa len xad lak ingatkan aku. Makan ke sakit ke aku ni",
"Aikk aku rasa sebesar-besar peti ais kat rumah kite tu dengan makanannya penuh ko kata xada makanan. Biar betik ko kata", balas aku.
"Makanan memang la cukup tapi aku perlukan kasih sayang kau jugak macam awek2 kau jugak la", cakap sam.
"ko jangan wat kerja gile, kan aku terajang kan baru tau. Ni diaorang tunggu kat mana?, tanya aku.
"Aku gurau jer la. Aku pun x hingin kau. Port biase la Mcd Taman U la", ujar sam.
"Tak boring ker kat situ selalu. Cuba la tukar port baru sket".
"Engkau memang la boring sebab selalu. Tapi kami jarang. Tengok pada budget la. Kadang2 miss jer. Ko len la makan tiap2 hari pun boleh. Loaded katakan." Ujar sam.
"Yooo Wazzup bro..." sapa aku.
"Taiko dah sampai dah. Apa lagi pulun la." cakap Zul.
"Pulun apa ni. Korang nak belasah aku ker. Aku bawak bodyguard ni. Tali pinggang hitam kulit. hahahhaha.." ujar aku.
"Tak kan la kitaorang nak belasah sponsor kita. Rugi beb. Mie, lama kitaorag tunggu kau. Dah naik ke kepala dah bunyi perut ni". Cakap Jamil.
"Yea la yea la aku ngaku aku salah, aku belanje korang kali ni tanda aku minta maaf aku kat korang". cakap aku
"Macam tu la kawan baru kitaorang xada heart feeling, hehehhhe". Ujar Zul
"Sam, kau tolong beli makanan sat kat diorang ( sambil menghulur not RM100). Haaa gi ikut Sam, pilih korang nak makan apa. Jangan lebih sudah." cakap aku.
Selain Sam sahabat karib aku, Zul, Jamil, Ikwan, Pejo dan Rizal merupakan rakan2 yang sekepala dengan aku. Tapi xad la serapat dengan Sam. Rakan2 berhibur. Mereka ni aku kenal tahun ke 3 aku di UTHM. Bagi aku berkawan ramai x salah agar ramai kawan dan mereka ni dari negeri yang berlainan. Aku ikut saranan PM kite. 1 Malaysia.
Boleh katakan kami ni banyak menghabiskan masa bersama-sama. Kalau hari minggu macam ni, begini la aktiviti kitaorang. Itu pun kalau aku tidak ada aktiviti lain aku. Sam, kalau x sibuk dengan tugasan master dia, dia ikut la sbb antara kami, Sam sahaja yang masih belajar di UTHM. Yang lain semuanya telah bekerja di Batu Pahat.
"Woiii makan la. Mengelamun apa ni. Dah lambat dah ni." sapa Sam.
"Mana ada. Aku dok pikir jalan mana kite nak lalu ni." cakap aku
"Banyak la kau punya jalan. Nak gi Bekok jalan Yong Peng - Segamat jer jalan die. Nak tipu pun agak2 la." Marah Sam....
"Heheheh." Gelak aku.... " Dah makan cepat"....
Air Terjun Bekok, salah satu tempat untuk kita orang melepaskan tension.Selain air terjun dia yang bersih tapi yang penting dekat la. Boleh dikatakan kerap juga kami ke sini. Tambah2 kalau cuaca panas. Seronok kalau dapat berendam lama-lama.
"Nanti jangan lupa singgah rumah Sasha jap, amik barang2 nak wat BBQ. Kereta diaorang dah x muat dah." cakap Zul.
"Macam ni la baru best ada bunga yang ikut. Ni kumbang jer ada. Masam la weei ayaq terjun tu." ujar Pejo.
"Ko memang pelahap x habis. Tapi time ni jer dok hinggaq. Jap lagi bila jumper dah jadi bisu. Aku dah atau dah perangai hang." ujar Sam.
"ala kau ni jangan bising2 malu aku" cakap Pejo malu.
Bersambung.......................................
eh, macam novel laa.. best! ct suka!! heheheh
ReplyDelete