Pernah main salji? aku pun belum pernah......
Pernah dengar Antartika? aku pernah tapi belum sampai...
Pernah dengar tentang serigala kat sana? aku sekadar tengok tv sahaje..... tu kat animal planet...
Hari aku nak cerita pasal serigala eskimo ni. Kalau korang nak tau serigala eskimo ni susah kalau nak memburunyer. Ini kerana serigala ini boleh mengesan musuh dalam jarak yang jauh dan lari menyelamatkan diri. Mereka mempunyai deria bau yang sangat hebat.
Oleh kerana kesukaran untuk memburu serigala ini, apa yang dilakukan oleh orang2 eskimo? Mereka menyediakan bilah2 pisau nipis dengan mata yang sangat tajam. Pisau2 ini direndam semalaman di dalam darah haiwan.
Kemudian keesokan harinyer mereka meletakkan bilah2 pisau ini di laluan serigala. Serigala yang mempunyai deria bau yang hebat ini akan mula terangsang kepada bau darah daripada hembusan angin dan membawa mereka ke tempat pisau tersebut.
Tanpa berlengah lagi serigala itu akan menjilat bilah2 pisau itu dengan rakusnye. Setelah sekian lama menjilat, barulah lidah terasa pedih sangat. Tapi sudah terlewat kerana lidah mereka sudah luka teruk dan koyak dengan hirisan2.
Serigala malang ini biasenyer akan mati. Darah yang tidak berhenti keluar dari luka yang dalam. Bagi yang mampu bertahan pun akan mati kebuluran, dan kemudiannyer akan sakit, lidah akan busuk dan tidak dapat makan apa2. Dan akhirnyer dalam cuaca sejuk membeku, semuanyer akan mati bergelimpangan dan bangkai akan berselerakan di mana-mana.
Apa yang kita boleh pelajari dari cerita serigala ini. Kalau la serigala ini melihat pisau yang berkilat2 pasti dia x akan menjilat pisau itu. Tetapi apabila di umpan dengan darah haiwan, die tertipu dan menjilat dengan rakusnyer. Keghairahan terhadap darah.
Jadi berbalik kepada kite. Apa yang perlu kita sedari adalah banyak sekali perkara seronok, menghiburkan dan indah pada pandangan nafsu, sebenarnyer membinasakan. Keghairahan mematikan pemikiran, membutakan hati lantas mendorong untuk melakukan perkara keji. Dan pada ketika itu amat sukar untuk kiter melawan amukan nafsu yang meledak......
No comments:
Post a Comment