Friday, June 17, 2011

Sentuhan Ajaib....

Mungkin korang pernah dengar cerita mitos atau dongeng dulu2 kala, Tangan Ajaib...... Kalau x pernah meh aku cerita kat korang....

Mula-mula tepuk tangan dulu......
Ok dah tepuk... Sekian terima kasih.... Hehehehe tu trick yang aku kena masa kecik2 dulu dengan bapa sedare aku....

Alkisah dalam sebuah kampung Serendah Kaki, tinggal seorang pemuda bernama Kasim. Oleh kerana Kasim dilahirkan dalam keluarga yang kurang berada, habis sahaja sekolah Kasim terus bekerja. Bermula bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah Hotel, Kasim di naikkan pangkat satu demi satu kerana kerajinan dia. Akhirnyer dia menjadi seorang pengurus besar di Hotel tersebut.

Setelah lama bekerja sebagai pengurus besar hotel tersebut, Kasim mengambil keputusan untuk berhenti dan ingin membuka hotel sendiri. Alhamdulillah dengan kesungguhan dan tekadnyer, dari sebuah hotel, Kasim berjaya memililki 46 buah hotel di seluruh dunia. Walaupun Kasim telah memilki segala2 nyer tapi tidak puas dan masih mencari lagi kemewahan, kerana impian Kasim dia ingin memiliki segala-galanyer.

Berlaku satu keajaiban. Kasim dianugerahkan satu keistimewaan atau kelebihan berbanding orang lain. Setiap benda yang di sentuh oleh kasim akan bertukar menjadi emas. Bukan kepalang lagi kegembiraan Kasim dengan kelebihan yang diperolehi itu. Semua perabot yang ada di rumah nyer, Kasim tukarkan kepada emas. Batu-batu atau kayu-kayu di sekeliling rumahnyer beliau tukar kepada emas dan menjualnyer. Kasim menjadi orang paling kaya dalam dunia. Walaupun begitu kasim masih tidak lagi puas. Dia mahu lebih lagi daripada itu.
Kadang2 Kasim rasa sukar kerana memiliki kelebihan ini, makan kena bersuap, 24 jam terpaksa memakai sarung tangan dan tidak boleh menyentuh sesiapa walaupun isteri atau anak2 nyer. tetapi Kasim puas kerana dia menjadi orang yang paling kaya dalam dunia.


Pada suatu pagi, Kasim terkejut apabila terdengar bunyi mercun yang kuat yang dimain oleh anaknyer. Kasim rasa marah, lalu dia turun kebawah dan terus menampar kedua anak2 nya. Saat itu anaknyer bertukar menjadi emas. Melihat keadaan itu isterinyer datang menerpa kearah Kasim dan isterinyer bertukar menjadi emas juga. Kasim rasa menyesal dengan tindakan nya itu tetapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Kalau sebelum ini isterinya yang menyuapkan makan minumnnya sekarang tidak lagi kerana semua benda yang di sentuhnya akan bertukar menjadi emas..........


Moral of the story..... Korang pikir la sendiri...... 

3 comments: