Friday, September 16, 2011

Menu hari jumaat

Assalamualaikum dan salam jumaat....

Setiap hari jumaat , aku rasa mesti macam dok kat kampung, kerana sana jumaat cuti. Kalau hari jumaat ni mesti la makan jadi topik nya selepas solat jumaat. Hari aku nak kongsi resepi simple, selalu buat la sebab bujang.... hehhehehehe.

Masak ikan singgang kelantan.... kecur dah ayaq liur....

Bahan2 nya ialah :

3 ekor ikan kembung (paling sedap la, ikan tongkol pun boleh) pastikan segar
4 ulas bawang putih - hiris
1 ulas bawang merah - di hiris jgk
2 inci lengkuas - hiris / halia
2 keping asam keping (asam gelugor)
2 biji cili besar
3 biji kacang bendi
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa kalau nak la (aku x suka)
4 cawan air

Cara masak nya :

1. Masukkan semua bahan tu kecuali bendi, masak dengan api sederhana sampai mendidih
2. Masukkan kacang bendi dan bagi ia empuk
3. Rasa masin, masam ikut sedap selera anda...

Ni kalau makan dengan budu, sambal tempoyak dengan ulam.... memang syooookkkkkk...

Cuba jangan x cuba,.....



1 comment: