Tuesday, April 12, 2011

Mendongak Ke Langit.... Bab 1

“senyum… kacak luar kacak dalam kacak dengar sini…. Senyum”… senyum.. kacak luar kacak dalam kacak dengar sini…”.
“2 misscall”, lantak la. Sapa la pagi-pagi ni telefon” bisik ku.

Dummm dummm dummm dummm……. Mie o Mie…. Weii Mie bangun la…..
“Apa bising-bising pagi-pagi ni. Aku nak tidur pun tak boleh”
“Pagi? Banyak la kau punyer pagi. Ni dah kul 12 tengahari dah. Aku dah cakap semalam jangan balik lambat tapi kau degil.”

“Ala Sam, bukan selalu pun aku balik lambat..”
“Bukan selalu ko cakap, boleh katakan tiap-tiap hari kau macam ni lah”.
“Yeke, tak perasan pulak aku. Amik tahu jugak kau dekat aku”.
“Mana tak perasan, dah 2 tahun aku dok dengan kau. Seluar dalam kau pun kadang-kadang aku basuh apa”.
“Weh, jangan la bising-bising nanti dengar awek jiran sebelah sogan den”

“Haa tau takut. Dah dah. Jadi tak projek kite ni. Member-member len dah tunggu ni. Tunggu kau jer ni”
“Aisey man, macam malas la. Badan rasa penat betul la”.
“Dah, kau jangan  nak ngade-ngade, gi siap cepat. Kalau tak aku siapkan kau”.
“Hehehe, baik boss”

Shamsul atau aku panggil Sam, merupakan sahabat karib aku. Mula-mula aku kenal dia masa sama-sama masuk UTHM dulu. Masa kenal dulu masing-masing jual mahal & ego. Tapi rupa-rupanya satu kepala dengan aku. Jenis kepala sempoi habis. Sam dah 2 tahun setengah tinggal dengan aku. Boleh katakan dia la teman sebantal aku, tempat aku menyetelkan masalah aku. Walaupun kadang-kadang dia ada masalah, tapi aku selalu tengok die tenang & cool sahaja. Kalau aku, mesti dah masuk tanjung rambutan kot….

“Ok Sam, jom kite”
“I folo jer”
Nak naik apa ni?, tanya aku
“Kereta kau la. Aku ada motor cabuk jer. Tapi kalau kau sudi nak naik aku ‘on’ jer”
“Perli nampak. Bawak MyVi jer lah heh. Lancer malas nak bawak la.Semalam aku dah bawa. Lagipun kuar dengan kawan-kawan jer”
“ Up to u my pren. I folo. Aku kan menumpang jer”
“Ceh”..

Bersambung.....

1 comment:

  1. wahh..uthm msuk la..ni cerpen ke..ad sambungan tuu..best jgk ni

    ReplyDelete